Tuesday, November 2, 2010

Tentang dia..

~Jenis wanita dielak lelaki..
Wanita manja
Wanita yang bersifat manja sering dilihat sebagai golongan yang suka bergantung harap dan sentiasa mempunyai keinginan tinggi untuk berkahwin. Apa yang lebih merisaukan bagi wanita jenis ini adalah lelaki sukar untuk mengenal pasti sifat sebenar mereka apatah lagi untuk menjalin hubungan yang erat.
Pada awalnya, wanita ini akan berubah apabila ditegur tentang perangai manja dan sikap terlalu bergantung itu. Teguran tersebut lantas membuatkan wanita ini bersikap ultra berdikari demi membuktikan sebaliknya.
Walau bagaimanapun, apabila wanita ini mula menjalin hubungan dengan seseorang dan dia berasa selamat didampingi, maka akan wujud keperluan-keperluan lain yang perlu dipenuhi si lelaki..

Wanita benci lelaki
Kebanyakan lelaki gemar memberi peluang kepada wanita jenis ini, malah berusaha menjalin hubungan dengan mereka kerana difikirkan lebih mencabar. Sifat wanita ini yang jauh berbeza berbanding wanita lain membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.
Walau bagaimanapun, sifat mencabar dan pemarah ini juga kadangkala membuat ramai lelaki ragu-ragu meneruskan perhubungan yang lebih jauh seperti berkahwin dengan mereka.
Lelaki hanya suka bergaul dengan wanita jenis ini tanpa memikirkan sebarang komitmen. Jelas, wanita ini bukan untuk jangka masa panjang. Kalau ada pun, mungkin hanya fikiran jahat untuk menjalin hubungan asmara semata-mata.
Begitupun, wanita jenis ini memiliki sifat bersaing yang tinggi dan kadangkala boleh berkelakuan amat menggoda. Sebenarnya, sifat yang ditonjolkan wanita jenis ini adalah untuk melindungi dirinya daripada dilukai oleh lelaki..

Wanita karier
Lazimnya, ramai beranggapan bahawa golongan lelaki terancam dengan wanita berkarier atau berjaya. Sebenarnya, lelaki bukan berasa terancam untuk bersama wanita jenis ini. Sebaliknya, lelaki beranggapan bahawa wanita yang berjaya dalam kerjaya tidak memerlukan dampingan lelaki.
Kebanyakan wanita yang memiliki karier yang stabil telah pun membeli kereta dan rumah untuk diri sendiri. Mereka juga mempunyai kehidupan sosial yang menyeronokkan. Dalam senario ini, kehadiran seseorang lelaki dianggap tidak mampu memberi lebih daripada apa yang mereka miliki. Namun, ramai juga lelaki yang tertarik wanita jenis ini kerana dari segi kewangan, tidak akan bergantung sepenuhnya pada mereka..

Wanita banyak cakap
Mengikut perspektif lelaki, wanita yang banyak bercakap mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ada persepsi yang mengatakan wanita menggunakan lebih daripada 1,000 perkataan setiap hari berbanding golongan lelaki. Namun, ia amat bergantung kepada topik perbualan seseorang individu.
Misalnya, apabila ada topik mengenai sukan maka lelaki lebih gemar berbincang tentang perlawanan, para pemain dan keputusan permainan. Sebaliknya, perbualan telah bertukar kepada topik feminin, fesyen, kosmetik dan kanak-kanak maka wanitalah yang akan banyak berkata-kata.
Selalunya wanita dituduh dengan istilah ‘banyak cakap’ itu kerana mereka suka berbicara tentang subjek yang digemari serta ingin berkongsi. Itu tidak bermakna si dia mulut murai..


kalau perempuan cantik pendiam
lelaki akan kata: w0i! ciri2 isteri idaman
kalau perempuan tak cantik pendiam
lelaki akan kata: tak reti berk0munikasi agaknya...

kalau perempuan cantik buat jahat
lelaki akan kata: mesti ade krisis nie.. kesiannya..
kalau perempuan tak cantik buat jahat
lelaki akan kata: dah la tak lawa, perangai pulak macam sial..

kalau perempuan cantik men0long lelaki dalam kesusahan
lelaki akan kata: w0w! her0in sejati
kalau perempuan tak cantik men0long lelaki dalam kesusahan
lelaki akan kata: hmm...taktik nak ng0rat la tu...

kalau perempuan cantik dapat lelaki hands0me
lelaki akan kata: bagai pinang di belah dua
kalau perempuan tak cantik dapat lelaki hands0me
lelaki akan kata: kesian...mesti dah kene b0moh lelaki tu..

kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
lelaki akan kata: buta kayu bet0l mamat tu..!!!
kalau perempuan tak cantik di tinggal kekasih
lelaki akan kata: patut p0n kene reject...

kalau perempuan cantik bawa BMW
lelaki akan kata: entah dat0' mana bela nie..
kalau perempuan tak cantik bawa BMW
lelaki akan kata: mesti anak orang kaya..!!

kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki
lelaki akan kata: wah!! caringnya..
kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki
lelaki akan kata: eleh...gedik la tu..

kalau perempuan cantik bersedih hati
lelaki akan kata: d0n't w0rry...i will make you happy f0rever..
kalau perempuan tak cantik bersedih hati
lelaki akan kata: sikit2 nangis...ngade bt0l larr..

kalau perempuan cantik pandai masak
lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu..
kalau perempuan tak cantik pandai masak
lelaki akan kata: entah sedap ke tak tu...

kalau perempuan cantik main miss call
lelaki akan kata: sy0knya..!!rindu la tu...
kalau perempuan tak cantik main miss call
lelaki akan kata: k0 ni tak de kerja lain ke?? sibuk tahu tak!!!

No comments: